About Me

My photo
Nama adlina. Lahir seremban. Puteri sulung kps AJ dan lizz. Pergh nama parent. Moden nye~ Pelajar umt. Kos math komp. lahir 11/10/93.. I'm xcomey, xtinggi, xbaik, tapi ak diciptakan untuk menyempurnakan seseorang Hadoww~.. Ak hamba allah di muka bumi ni. Ak menaip bukan tuk glemer tp ak cume takut ak alzheimer ble da tua. So ble ak bce blik cter2 dlm ni. ak akn percye bahawa hidup ak da cukup indah.. :') slmt berkenalan..

Saturday 1 November 2014

Tanda Jerawat di muka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini taknak cakap banyak, tapi macam tak boleh je kan.. Kene gak cakap banyak. Baru-baru ni CL ada tumbuh satu jerawat area antara mata dan kepala. Sakit tu jangan cakap la. Bengang kot sbb sakit la kan. Takpe nak menumpang pn, jangan la sakit hoi. Mesti uolls pernah rasa kan? Guna produk macam2, tapi jerawat bertambah2 plak. Org nak kasi kurang dia bahagia tumbuh.. Hadoi.. Tapi CL sebenarnya jarang tumbuh jerawat. Kalau yang whitehead tu ada la.. Jadi selalu kalau tumbuh nye jerawat macam ni, CL akan search kat pakcik gugel tengok petanda ape. Sebab kalau uolls nak tau, setiap jerawat yang tumbuh kat diri kita ada masalah dalaman. Yela, nama pun dalaman, nak cek macam mana yedak?? Takkan laa nak bedah cek organ satu2 kot.. Disebabkan CL da malas nak cek pakcik gugel setiap kali tumbuh jerawat, So CL wat jela entri ni, Senang nak cek balik kalau tak hingat kan! 

Kepada sesiapa yang rasa dalam hati dia tak pernah tumbuh jerawat, flawless je muka dari baby. Mohon klik jela pangkah entri ni, bukak entri lain k.. Sentap laaa iolls camni sebab iolls ade jerawat. Hilang sikit secret admire CL cenggini. Fuh, Meh la tengok pe tanda kalau jerawat ni di sini eh.. Sebenarnya banyak versi, tapi yang ni rasanya betul kot.. Berdasarkan pengalaman k.



1 dan 2 : Sistem Pencernaan

Kurangkan makan makanan ringan (junk food) kerana jerawat yang muncul di sekitar dahi atas alasan mengambil pemakanan yang terlebih lemak. 
Cara atasi: Minum lebih banyak air masak dan makan makanan sihat.

3 : Hati

Bahagian ni kene kurangkan makanan berminyak, susu dan alkohol.  Selain itu, zon ni disebabkan oleh alergi terhadap makanan.
Cara atasi: Rajin2 kan diri untuk senaman ringan, berjalan 30 minit, serta tidur yang mencukupi supaya hati dapat berehat dengan baik.

4 dan 5: Ginjal

Apa pun yang muncul di sekitar mata termasuk lingkaran hitam menunjukkan dehidrasi.
Cara atasi: Perbanyakkan minum air masak antara 8-10 gelas sehari.

6 : Jantung

Mohon periksa tekanan darah, kurang vitamin B.
Cara atasi: Kurang makan pedas, daging dan dapatkan pengudaraan yang segar. Selain itu, kurangkan lemak jahat dalam badan dengan menggantikan lemak baik dalam badan seperti Omega 3 dan 6 yang terdapat dalam kekacang, ikan dan biji-bijian.  Yang paling pentung, cek jika make up yang uolls pakai tu sesuai tak untuk muka.

7 dan 8 : Ginjal

Dehidrasi.
Cara atasi: kurangkan minum kopi, soda, alkohol. Lebihkan minum air masak!! luls..

9 dan 10 : Sistem Pernafasan

Uolls merokok ke?? Alergi maybe?? Sebab 2 benda ni selalu jadi punca tumbuh nya jerawat di daerah ni.. Takde ke? Kalau uolls takde masalah berkaitan di atas, uolls kena sentiasa kurangkan suhu badan.
Cara atasi: Makan makanan sejuk(tembikai, timun, bukan benda yang uolls simpan lam peti sejuk beku pulak.), kurangkan benda yang manis(gula yang banyak, minumam @ makanan), hindari kaffein, gula, alkohol, daging, susu. Lebihkan makanan sihat seperti sayur hijau dan buah-buahan,

11 dan 12 : Hormon

Ini zon stress dan perubahan hormon. Tak boleh dihindari terutama wanita jika dalam "period".
Cara Atasi: Cukup tidur, minum air masak lebih, makan sayuran hijau dan jaga kebersihan kulit.

13 : Perut

Masalah perut atau pencernaan.
Cara atasi: kurangkan toksin dan minum teh herba untuk pelancaran pencernaan.

14 : Penyakit

Jerawat yang biasa wujud di zon ini menunjukkan tanda bahawa tubuh uolls sedang melawan bakteria untuk menghindari penyakit.
Cara atasi: Dapatkan rehat yang mencukupi, cuba latih bernafas dalam-dalam dan minum air banyak.
************

Ok, CL da nampak ramai duk belek2 muka masing duk cari jerawat. Sekarang CL da tau ape masalah CL. Yang no 4 tu.. Tak cukup minum air, betul gak. Asyik2 minum kopi je. Yela, nak test tkut ngantok. Sobs Sobs. Uolls boleh praktikkan yang dalam blog ni apa2 pun atas nasihat doktor. Janganla saman CL plak sebab da lakukan tapi tak menjadi.. Ingt! Kalau nak consume pape, atas nasihat doktor k. Hewhew. Take Care uolls. Jaga kesihatan! Prevention is better than cure.

Jangan sampai jd cmni baru nak cri solution.. CL tak tauuu~~


3 comments:

  1. Wah.. info yg sngat mnarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiyu.. ^~^ Smoga bermanfaat

      Delete
  2. kena kurangkan gula n caffein. (addicted kott) T.T
    mungkin patut cuba lepasni. puasa gula n caffein

    ReplyDelete