About Me

My photo
Nama adlina. Lahir seremban. Puteri sulung kps AJ dan lizz. Pergh nama parent. Moden nye~ Pelajar umt. Kos math komp. lahir 11/10/93.. I'm xcomey, xtinggi, xbaik, tapi ak diciptakan untuk menyempurnakan seseorang Hadoww~.. Ak hamba allah di muka bumi ni. Ak menaip bukan tuk glemer tp ak cume takut ak alzheimer ble da tua. So ble ak bce blik cter2 dlm ni. ak akn percye bahawa hidup ak da cukup indah.. :') slmt berkenalan..

Wednesday 1 April 2015

Resepi ice cream/ Ais krim Homemade


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Musim2 panas ni aku mengidam giler nak makan ais krim, nak kuar beli malas. Nama pun panas, aku duk jela dalam umah ni. Kalau keluar pun, bukan ingat nak beli. Last2, aku decide nak buat sendiri jela. Lepas gugel2 kat internet tengok takla susah mane pun kan. Nak2, harga barang tengah naik ni, berjimat laa kitee k. Setelah digabung2 kan semua resepi2 aiskrim kat internet, aku rasa betul dah ni. Aku nak share ni sebab jadi kot. Kalau tak jadi aku tak share ler. Memasak/baking ni suatu experiment org kata. So, cuba lagi kan. Kalau aku buat jadi, Orang lain buat apatah lagi. k cekidaut.


Bahan-bahan

1) 1 tin susu cair
2) 1/2 tin susu pekat (Ikut rasa manis yang anda suke la ye)
3) 1 biji telur
4) 1 sudu teh esen vanila
5) 1 sudu besar ovalette (cari yang halal, aku beli ni kt giant).




Ni hah bahan2 nye. Susu pekat tu aku amik lam peti je. Jangan bazir!


Cara-cara:




1) Anda campak je semua bahan diatas lam bekas yang bakal digunakan untuk diputarkan.


2) Putarkan semuaaa bahan tadiii bersungguh2 dengan perasaan ikhlas dan rendah diri juga tawakal jangan lupa (mana tau tak jadi ke kan.. tak la kecewa sangat. luls)

3) Dah rasa sampai 15minit-20minit duk memutar tu. Bolehla berhenti. Nampak kembang cantik. Gigih k aku putar tu. Dahla kene pegang mixer yang berat tu. Sampai terkeluar sikit kot otot aku. Hurm. 



4) Maka sudah siap laaa basic ais krim anda, langkah ni senang je, masa ni la nak tambah perisa yang anda gemari, milo, biskut oreo ke, jagung, strawberi, emulco ke, pewarna ke.. Aku pilih milo. Tu je yang ada lam peti ais. Ingat! Jangan membazir! :D



5) Siap!!! Cari laa korang tupperware yang ada kat dapur tu. Aku nampak ni atas meja ak amik pastu aku cium2 dulu. Takut bau ikan. Mak aku tu bukan aku tak tau. Wuu..


6) Mak aku tanya mana askremnye, kata duk wat askrem. Aku pun pergi tengok kat peti ais, selamat tak askrem aku tu. Gambar atas ni baru keluarkan tadi, konon nak cek jadi ke tak, pastu da alang2 cek, aku makan dengan mak aku. Mak aku tak abis2 kata sedap, macam kat kedai. Kembang setaman aku. Malu2 kerbau aku tadi. Dah keluarkan, dia cair la. Sebab baru 2jam mana sempat beku. Nampak tak senonoh kan? Memang laa.. Ni bukan eskem nestle, ni eskem homemade. LOL. Gurau je. Memang huduh diluar enak di dalam. Macam aku la, gemuk di luar.. eh?

k.la.

!!!Selamat Mencuba!!!

Tip berjimat GST #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Tanggal 1 April 2015, bermula la GST dan GST merupakan cukai barang dan perkhidmatan. Berdasarkan Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia "GST adalah cukai berperingkat. Pembayaran cukai dibuat di setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Cukai itu sendiri bukan merupakan suatu kos kepada perantara kerana mereka boleh menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke atas input perniagaan mereka. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan."

Uolls boleh ikut ape yg iolls suggest tapi iolls tak bertanggungjawab kalau pape jadi k.. hoho.. Tp iolls pun ada buat sikit sebanyak. Biarlah nampak mengarut pun.. hekhek *gelak comel.


Barang Mandi

1) Bagi yang rambut panjang inilah masa yang paling sesuai utk uolls potong pendek ikut kesukaan. Maka penjagaan rambut kini terjaga dan xperlu beli conditioner and pape jela. Bila rambut da pendek, pengunaan syampu dapat dikurangkan. 

2) Ubat gigi, flos and etc.. Abistu gigi?? Xkan nak potong gigi? Lols. Maka uolls kurangkan makan kerana boleh kotorkan gigi dengan cepat. Bila lagi nak diet kan? hahaha. Macam tak relevan langsung. Masa berus gigi jangan biarkan air terbuka, dalam masa yang sama boleh jimat air. V(^.^)V


3) Sabun mandi tu kalau nak berjimat, jangan sabun masa air tengah terbuka bagi yang mandi shower.pastikan tutup dulu air dan sabun satu badan.. Da siap sabun ketiak, leher, pelipat sume baru mandi, Okay!

4) Tak payah mandi terus lagi jimat semuanya.. wee~

Selamat Berjimat~

Bersambung................