About Me

My photo
Nama adlina. Lahir seremban. Puteri sulung kps AJ dan lizz. Pergh nama parent. Moden nye~ Pelajar umt. Kos math komp. lahir 11/10/93.. I'm xcomey, xtinggi, xbaik, tapi ak diciptakan untuk menyempurnakan seseorang Hadoww~.. Ak hamba allah di muka bumi ni. Ak menaip bukan tuk glemer tp ak cume takut ak alzheimer ble da tua. So ble ak bce blik cter2 dlm ni. ak akn percye bahawa hidup ak da cukup indah.. :') slmt berkenalan..

Tuesday 2 June 2015

Tips sihat untuk mata

Assalamualaikum.

Hari nak share tentang kesihatan mata and tips mata sihat. Hehe.. Sebelum tu nak tanya sape yang ada masalah mata seperti eyebag, lingkaran mata gelap ke. Angkat tangan!! Yayy. Rata2 kebanyakan mengalami masalah yang sama. Bila da kena tu nak hilang punyalah payah mak nenek nak hilang nye oih. Nasib baik iolls pakai spek mata. Kaver la sikit kan. Tapi biasa orang yang pakai spek/rabun biasanya akan mengalami eyebag/dark circle camtu. Iolls kasi tips ni kita buat sama2 ye.. Iolls pun nak santik cam uolls jugak. sobs


STEP 1
Yang selalu tengok tv or laptop dekat2 tu, pastikan setiap 20minit cuba rehatkan mata tengok objek jauh atau pokok2 hijau. Apa guna Allah s.w.t cipta pokok kalau kita tak manfaatkan kan?


STEP 2
Dulu ada tengok tv tips kecantikan cerita chinese la. Nasib baik ada subtitle oih kalau tak menonggeng iolls dengar. Dia ajar amik sudu letak dalam peti ais. Bangun pagi esok amik sudu sejuk tu letak kat mata dalam 10-20minit gitu. Buat hari2.


STEP 3
Perah buah lemon campur dengan sedikit air suam. Sapu bawah mata 2x sehari. Lakukan setiap hari untuk dapat hasil yang memuaskan hati.


STEP 4
Basuh uncang teh yang da digunakan, letak dalam peti sejuk dalam 15minit. Letak atas mata selama 15-30minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur. 


STEP 5
Sapu air sejuk dari peti ais di kelopak mata selepas bangun tidur.


STEP 6
Banyak kan minum air masak 8gelas sehari. Tapi ikut 25kg=1liter air is better,


STEP 7
Elakkan minum air 1-2jam sebelum tidur. Nanti air tu jadi toksin dalam badan dan bertakung bawah mata and jadilah lingkaran hitam super saiya~

STEP 8
Hirisan timun yang baru keluar peti ais, extra sejuk orang kata. Letak kat kelopak mata dalam 30min sebelum tidur. Kalau tertidur dengan timun nasib la uolls~ Tapi zaman sekarang da moden kan. Ada jual cucumber pad. Senang. Bukak penutup tepek kat mata, haha. Tapi better timun real. Rajin malas je k bebeh.


STEP 9
Ada lagi tips cakap jangan makan makanan pedas dan berempah. Kenapa tah. huhu.. 


STEP 10
Guna 'eye cool pad'. Benda ni letak lam peti sejuk dulu. Baru pakai sebelum tidur. Mat saley selalu guna kalau kita tengok2 movie kan


STEP 11
Collagen eyemask. Macam2 jenama ada. iolls pernah pakai. Tapi geli kat mata. Rasa lembik2. Gatal ckit la. huhu. Kulit tak sesuai kot..


STEP 12
Tidur kena jaga, lebih kurang dalam 5-6 jam sehari. Jangan lebih tidur pulak. Iolls tak ajar cenggitu. Kehkeh


STEP 13
Guna eye roller. Iolls tak pernah guna ni. Ni pun baru tau kegunaan. Hurm. Patut la ramai santik2. Jelesnye jemah!


STEP 14
Sekarang banyak je jual supplement untuk mata. Trigold, berry bright, kopi mata la. Macam2, Pernah try trigold je. Bes jugak. Tuang minum. 2 sudu je sehari. Tapi cepat habis pulak. Ingat nak beli. Nak try la yang kopi mata. Macam bes. Tapi takut terbeli yang tak ori. Bahaya zaman sekarang kan. Huhu


Tu jelah tips2 yang iolls ada setakat ni. Iolls ni malas orang nya. Opkos laa cari yang senang2 je. Mesti skip2 punya, Cari paling senang. Kekeke. Uolls plak camne? Mesti rajin2 ni semua. K harap dapat bantu sikit sebanyak ya.. Baiii uollss~~ salam