About Me

My photo
Nama adlina. Lahir seremban. Puteri sulung kps AJ dan lizz. Pergh nama parent. Moden nye~ Pelajar umt. Kos math komp. lahir 11/10/93.. I'm xcomey, xtinggi, xbaik, tapi ak diciptakan untuk menyempurnakan seseorang Hadoww~.. Ak hamba allah di muka bumi ni. Ak menaip bukan tuk glemer tp ak cume takut ak alzheimer ble da tua. So ble ak bce blik cter2 dlm ni. ak akn percye bahawa hidup ak da cukup indah.. :') slmt berkenalan..

Monday, 29 December 2014

Kenapa lelaki/perempuan yang gemuk bila kurus nampak hensem/cantik?

Assalamualaikum semua.

Kah! tersedak laaa semua warga  gemuk berisi baca tajuk kontroversi ni. Haku pun xtau datang mana idea nak tulis entri ni. Sebenarnya ada orang tanya aku,  Then aku xtau nak jawab pe.. Aku ketawa la nk kaver xtau jawab soklan.. bhahaha.. Sambil minum air seteguk dua.. Cicah tiger biskuat satu tin.. Aku tau da jawapan..

First, bak kata matlupi cantik itu subjektif. Ada cantik di mata orang tapi tak kat mata kita. Sebab tu allah jadi kan kita berbeza2. Sebab setiap orang ade minat lain2. Sape kata orang gemuk berisi xcantik?? Biasa orang gemuk berisi ni pendiam sbb dia rasa rendah diri. Rasa xcantik mcm org lain.. Xmau la camtu, kte kne hargai diri kita, Tingkatkan keyakinan setiap hari. 

Second, selalunya orang gemuk berisi ni, masyarakat sekeliling buat tak nampak.. Tapi bila daa kuruuusss, sume duk peratii kaaann.. 
"Waaahh,, tu kee jemah yg sekelass dengan kte tuuu.. Da hensem/cantik dia sekarang ehh?"
Ahah! Dia memang hensem/cantik dari duluuu wehh.. Kenapa kau buta hati, riak, bongkak nak pandang dia? Sebab dia gemok berisi?  

Kadang2 menyampah juga sikap segelintir masyarakat yang nak kawan ikut rupa paras ni.. Nah aku kasi cermin. Hamik.. Rasa hamseng/santik sgt kee.. ?


NotaKaki: 
 1) CL tau yang warga pembaca sume tak macam ni..Selalu kita yg jadi mangsa kan.Ni warga lain ni..
2)Para pembaca yang dihormati lagi disayang mohon hargai manusia di sekeliling anda, mereka juga manusia.
3) Kadang2 kte xtau dia jodoh kita rupanya, ingat ye... Tulang rusuk tak kan bertukar pemilik... kih3.
4) Entri ni takde kene mengena dgn haku. kahkahkah~
5) Aku tgk sikap dulu, baru yang lain.. kalau sikap pn hampeh.. sorry la.. xpandang. sobs


Huyooo jemahh.. cekcii..


Monday, 10 November 2014

"1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan"




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai kakak, abang, adik, tok, nek sume.. Moh le kite join.. wink2.. ~.~


~Bukan niat nak cari gaduh, mahupun mencari musuh.. eh eh macam pantun plak kan. Have a nice day ebelibadi <3

Saturday, 1 November 2014

Tanda Jerawat di muka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini taknak cakap banyak, tapi macam tak boleh je kan.. Kene gak cakap banyak. Baru-baru ni CL ada tumbuh satu jerawat area antara mata dan kepala. Sakit tu jangan cakap la. Bengang kot sbb sakit la kan. Takpe nak menumpang pn, jangan la sakit hoi. Mesti uolls pernah rasa kan? Guna produk macam2, tapi jerawat bertambah2 plak. Org nak kasi kurang dia bahagia tumbuh.. Hadoi.. Tapi CL sebenarnya jarang tumbuh jerawat. Kalau yang whitehead tu ada la.. Jadi selalu kalau tumbuh nye jerawat macam ni, CL akan search kat pakcik gugel tengok petanda ape. Sebab kalau uolls nak tau, setiap jerawat yang tumbuh kat diri kita ada masalah dalaman. Yela, nama pun dalaman, nak cek macam mana yedak?? Takkan laa nak bedah cek organ satu2 kot.. Disebabkan CL da malas nak cek pakcik gugel setiap kali tumbuh jerawat, So CL wat jela entri ni, Senang nak cek balik kalau tak hingat kan! 

Kepada sesiapa yang rasa dalam hati dia tak pernah tumbuh jerawat, flawless je muka dari baby. Mohon klik jela pangkah entri ni, bukak entri lain k.. Sentap laaa iolls camni sebab iolls ade jerawat. Hilang sikit secret admire CL cenggini. Fuh, Meh la tengok pe tanda kalau jerawat ni di sini eh.. Sebenarnya banyak versi, tapi yang ni rasanya betul kot.. Berdasarkan pengalaman k.



1 dan 2 : Sistem Pencernaan

Kurangkan makan makanan ringan (junk food) kerana jerawat yang muncul di sekitar dahi atas alasan mengambil pemakanan yang terlebih lemak. 
Cara atasi: Minum lebih banyak air masak dan makan makanan sihat.

3 : Hati

Bahagian ni kene kurangkan makanan berminyak, susu dan alkohol.  Selain itu, zon ni disebabkan oleh alergi terhadap makanan.
Cara atasi: Rajin2 kan diri untuk senaman ringan, berjalan 30 minit, serta tidur yang mencukupi supaya hati dapat berehat dengan baik.

4 dan 5: Ginjal

Apa pun yang muncul di sekitar mata termasuk lingkaran hitam menunjukkan dehidrasi.
Cara atasi: Perbanyakkan minum air masak antara 8-10 gelas sehari.

6 : Jantung

Mohon periksa tekanan darah, kurang vitamin B.
Cara atasi: Kurang makan pedas, daging dan dapatkan pengudaraan yang segar. Selain itu, kurangkan lemak jahat dalam badan dengan menggantikan lemak baik dalam badan seperti Omega 3 dan 6 yang terdapat dalam kekacang, ikan dan biji-bijian.  Yang paling pentung, cek jika make up yang uolls pakai tu sesuai tak untuk muka.

7 dan 8 : Ginjal

Dehidrasi.
Cara atasi: kurangkan minum kopi, soda, alkohol. Lebihkan minum air masak!! luls..

9 dan 10 : Sistem Pernafasan

Uolls merokok ke?? Alergi maybe?? Sebab 2 benda ni selalu jadi punca tumbuh nya jerawat di daerah ni.. Takde ke? Kalau uolls takde masalah berkaitan di atas, uolls kena sentiasa kurangkan suhu badan.
Cara atasi: Makan makanan sejuk(tembikai, timun, bukan benda yang uolls simpan lam peti sejuk beku pulak.), kurangkan benda yang manis(gula yang banyak, minumam @ makanan), hindari kaffein, gula, alkohol, daging, susu. Lebihkan makanan sihat seperti sayur hijau dan buah-buahan,

11 dan 12 : Hormon

Ini zon stress dan perubahan hormon. Tak boleh dihindari terutama wanita jika dalam "period".
Cara Atasi: Cukup tidur, minum air masak lebih, makan sayuran hijau dan jaga kebersihan kulit.

13 : Perut

Masalah perut atau pencernaan.
Cara atasi: kurangkan toksin dan minum teh herba untuk pelancaran pencernaan.

14 : Penyakit

Jerawat yang biasa wujud di zon ini menunjukkan tanda bahawa tubuh uolls sedang melawan bakteria untuk menghindari penyakit.
Cara atasi: Dapatkan rehat yang mencukupi, cuba latih bernafas dalam-dalam dan minum air banyak.
************

Ok, CL da nampak ramai duk belek2 muka masing duk cari jerawat. Sekarang CL da tau ape masalah CL. Yang no 4 tu.. Tak cukup minum air, betul gak. Asyik2 minum kopi je. Yela, nak test tkut ngantok. Sobs Sobs. Uolls boleh praktikkan yang dalam blog ni apa2 pun atas nasihat doktor. Janganla saman CL plak sebab da lakukan tapi tak menjadi.. Ingt! Kalau nak consume pape, atas nasihat doktor k. Hewhew. Take Care uolls. Jaga kesihatan! Prevention is better than cure.

Jangan sampai jd cmni baru nak cri solution.. CL tak tauuu~~


Tuesday, 28 October 2014

Aku.. Dia.. dan "Orang Ketiga".


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni  nak seriyesli cakap tentang orang ketiga. Gatal tangan oihh nak menaip. Selalu sangat kita dengar tentang orang ketiga.. Selalu orang benci gila orang ketiga ni. Macam2 di gelar nya orang ketiga. Tak nak mention kat cni. Tapi Cik Lina tengok media lebih menonjol kan watak orang ketiga ni. Jadi ini memberi pengaruh kepada generasi sekarang nak2 dalam percintaan. Sebagai contoh:

Aku, Dia dan Tong Sampah

Aku, Dia dan Tembikai

Aku, Dia dan 50sen

Aku, Dia dan Iphone

Aku, Dia dan dot dot dot..

Aku, Dia dan Setan.


Jadi budaya orang ketiga ni makin meluas di Malaysia ni. Jadi satu je Cik Lina nak pesan bahawa jangan jadi orang ketiga. Bahaya oih, Jangan main dengan hati orang. Nanti hati sendiri terluka.. Jeng jeng jeng.. *lagu background*..


ihsan gugel. Tanpa gugel sapelah Cik Lina. 

NotaKaki:

#Jangan jadi orang ketiga dalam perhubungan kerana anda mengambil alih tugas setan.. hewhew.. Eh Eh jangan sentap..

#Jangan korang gugel plak tajuk2 diatas, 1/6 je tajuk movie yang betul.. Kalau korang nak cari gak ikut la. Jangan marah kalau tak jupe.. Siap pos kat ruang komen menyumpah2 sebab xjumpe cari.. k cekidaut~




*******************

Lagu

Hoi hoi lagu? Dari manaa.. Gabra? Kalau yang satu bukak satu tab tu mungkin xpaham la kot, tapi bagi yang bukak beribu tab tu, jenuh nak cari tab mana yang keluar lagu kan. K.. Btw peeps~
ML baru letak lagu kat blog. Kalau ada yang rasa 

"Ape da letak lagu, tergangu laaa nak bace blog"

"Lagu pe ni, dah la xsedap.. Xde taste langsung! huh! xde mud ak nak bace blog.. Kemsalam jela nak baca.."

 "Aaaaaaa, serabutnya lagu, camne nak kasi senyap ni, dahla tengah wat esaimen ni"

"Tengah2 malam lagu rock plak dah, anak ak nak tido pn xsenang, mmg aku xkan bukak da la blog ni, cis"

Korang boleh tekan butang pause, slow kan lagu dekat bahagian atas kaler pink tuu,, Okeh? Hah? Xpaham gak ke? Hadui.. Jap CL edit gambar..

Selepas 5minit setengah.... done!

Gigih ML edit. Korg jgn xtgk lak.. Fuh!
Jadi tiada alasan korang untuk skip baca blog CL! haha... 

Bagi newbie yang teringin gak nak ada lagu dalam blog macam blog CL. Korg boleh tekan sini..Sini la~~. Okay! Step mudah sangat.. Custom setting, pilih nak kaler ape benda tuh. Pastu klik kat bulatan kecik sebelah yang kita pilih tu kan. Macam jawab exam soklan objektif la.

then, klik next, edit playlist, letak tajuk lagu kita nak. 1 lagu ke 10 ke.. Xkesah, tapi jangan lupa letak link dari mana lagu tu dapat. Kalau youtube, amik link pilihan lagu youtube kat url address tu.

then next, and done!

Copy code dalam box dan paste kat Javascript/HTML korang k.. Kat mne?

Dashboard----> Layout---> Add a gadget --->Javascript/HTML

***Goodluck***


Monday, 29 September 2014

Busy: Day, Week, Month, Year.

Assalamualaikum

Selalu sangat tinggal blog dengan keadaan huru hara kan. Semua xsempat nak hapdet semenjak masuk sem baru ni. Insyaallah kalau diizinkan allah mungkin ni jadi tahun terakhir di UMT tercinta ni. Permulaan sem mula tenang tapi ada sedikit keraguan kalau2 ada gangguan untuk sem ni.. Gangguan?? Ape tu?? Rasuk2 ke? Xla. Gangguan la macam kes salah paham dan mcm2.. Tu kalau dari individu lain tapi kalau dari diri sendri plak gangguan dari segi sifat malas, sakit dan macam2 la.. Entri kali ni takde bende yang menarik utk diceritakan tapi berniat nak hapdet blog mentang2 internet Uni tengah laju cantik baikk punye ni kan. Makanya pokoknya, mari berdoa sama2 semoga nur adlina anak ahmad jamaluddin ni sentiasa tenang menjalani liku-liku onak duri kehidupan. Amin! 

Aku sentiasa menyayangi orang2 yang disekeliling aku. Melainkan aku ada melakukan kesalahan besar, then aku mintak maaf kat sume. Ini umum sebab kita xtau bila dah sampai ajal. kan? Okla. Setakat ini sahaja coretan dari aku. 


Kalau hati aku xtenang, aku slalu tgk gmbar baby. Kecomelan mereka menenangkan. ^^

Friday, 5 September 2014

Horey! Masuk U!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sume hanya lakonan semata2!!! Arghhh!!! Xnak balikk!!
Ni ak lukis sendiri tau.. Berbakat x? Ak mmg sengaja pkai eyeliner ctu hot giteww.. Rambut xpenting. Bhahaha.. k kpd freshie yg bru smpai pintu pagar u da start rasa homesick dont worry. 'Kakak' ada.. wheww~~ Ak xmenyempat wt entri raya. Nampak sgt beraya sakan gitew.. Kpd kengkawan yg nk masuk U esok or lusa.. Selamat belajar dan semoga DL sumee. Eh doakan ak sekali. Amin!!

ToodlesXD

Wednesday, 16 July 2014

wordless wednesday!

Assalamualaikum dan slamat sjahtera.

Helo.. helo.. helooo!!Slmt pagi.. Salam ramadhan.. Motivasi pagi..


Biarkan yg mengata itu berbunyi.. kerana mereka menunjukkan kebodohan mereka sendiri.. take care peeps.

Monday, 14 July 2014

Pose woihh Posee!!

                 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Selamat menyambut Ramadhan al mubarak.. yusuf taiyoob~~~ Terasa kekok plak eh dah lama xmenaip. hihi. jari jemari pun da naik mengembang da lama xwt senaman jari la katakan.. Camne arini,puasa x? Kalau pose alhamdulillah.. Hah? Puasa tu apa? halamak~~ Ni kalau adik2 tanya acanee?? Don't worry, kte kn ada rujukan utama yg paling muktabar bak kata matluthfi.. Google jela.. haha.. Ok2.. Xyah gugel2 bazir kuota tenet.. Ni ak kasi ckit info kalau la ada bebudak tanya ke.. Ada la ckit modal nk eksyen kat dorg kan..
             
                Puasa dari segi bahasa: Menahan diri..
             
                 Puasa dari segi istilah: Menahan diri daripada melakukan perkara2 yg membatalkan puasa bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari dgn niat.
Kalau teruk sangat xley nak hafal.. Ingat dari segi bahasa je cukup.. Pastu suh dorg gugel sndri. Haha.. Bebudak skrg kan Generasi Y(Gen Y). Gila x bijak IT?? Zaman skrg ni budak sekolah rendah pun da pegang Ipad/tablet.. Xmain la enset cikai cm aku punya ni.. Gerenti jatuh maruah.. Kalau masuk kelas gerenti kene gelak, 2minggu jugak la tanam muka kt pasir bedengung. Tetiba teringat zaman ak kekecik dulu. *nostalgia*.. *main violin dengan deraian air mata darah*..
             
*************************

                Aku nak citer gak pengalaman aku pose.. Asyik baca citer org je kan.. Dudulu zaman ak xmumaiyiz lagi puasa.. Fuh.. Jgn ckp la.. First ak start Puasa umur 5tahun, ak xdapat nk confirm kan.. Ak rasa xpenuh kot pose masa tu.. Bape kali muntah sbb g bazaar ramadhan tu. Bau dia perghhh.. Loya tekokk oihhh.. Aku kekecik dulu dahla kering, koho kering ak dibuatnya..Yela.. Nama pun xmumaiyiz lg, mana wajib lagi pose.. Tp niat nak bangga dgn kengkawan kelas tadika sbb ak pose, kne laa pose.. Yg muntah tu, jgn gtau.. ok! Jatuh la saham kte. Baru nk ngorat pakwe ketua klas tu.. urm~ ensem btol dia pkai uniform, muka berbedak,rambut bersikat, slalu tolong cikgu angkat buku.. Chop2!! Aku tipu kot, masa zaman tu aku tgh belajar lagi utk tidak lap mulut pas makan guna tudung skolah.. um.. smpai darjah3 jugakla xbelajar2..

                 Baru cte umo5 tahun.. Panjang lagi ni nk citer.. Bape perenggan xabis ni,umo ak skarang 20tahun baru abis plak umo 5thun.. Woah! boleh wt novel pepagi subuh yg hening ni.. Ni xciter sahur lagi ni.. Dulu masa kecik ak ni dah la kurus kering kan.. Makan pun xbape nk lalu laa.. Nak2 subuh kot.. Ape la mak ni suh org makan subuh2 cenggitu.. Taik mata xsempat kering lagi.. Aish! Zaman dulu kte kanak2 20-an ni pepaham laa.. Aktif semacam panjat tiang, main galah panjang la.. Bila mak amik balik jee, wat muka ksian.. Haus mak.. Haus.. Mak suh tido kt pejabat dia.. Sambil tido sambil mengucap "haus" sampai tertido. Mana nk tau mak cakap minum la ckit.. Heaven aku! Tapi tarakk.. Mimpilaaa.. Lepas buka je pose cari air dulu.. minum 2cawan baru cari nasi.. Esok da blajar ckit. Da pandai minum air bebanyak.. Xla haus nnt. Yela ak dulu ada bonggol unta.. Korg xtau.. Walau pape pnkalau ak haus di tgh hari xla nyesal mne kalau nk bandingkan dgn sblom ni..

                     Aku nk tulis panjang lagi ni.. Sebab tu baru skolah rendah.. K? Ahaha! Just Kidding! Pose2 ni kan korg xbape nak aktif dalam pembacaan kan.. Aku paham.. Siyes ni.. Paham gila! so sambung lenkali.. Ni cerita bersiri tau.. 50 episod jgn korg terlepas plak~ Ingt astro ke ade siaran ulangan. Mihmih.. Akhir kata selamat berpuasa korg! Doakan saudara kte di Gaza! #Pray4Gaza. Love uolls and tenkiyu sudi singgah.. ^_^

Niat pose ke blom woih! Niat luuuu.. Lek2... Awal lg nk tido pun. Ngeh2



Monday, 10 March 2014

MH370 please come back~

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama xhapdet blog yg da bersarang tikus tebuan segala mak nenek ni. Bila da start belajar, masa terpaksa terbahagi bnyk bnda. Masa kelas, on9, study dan masa bersama yg tersayang lg. Kuikuikui..Xlupa juga masa berblogging ye kwn2.. Huhu.. Tough betul jadual sem ni.. Pergi kelas kul 8pagi balik kul 7mlm.. Kalau nak lebih bijak ckit.. Ada kelas ganti kul 8-10mlm.. Pergh. Alhamdulillah setakat ni xponteng kelas lg.. Huhu.. Maafkan ye followers yg da follow tu, mmg nk follow balik.. Harap bersabar k.. Huhu.. Perlukan lebih masa utk dibahagi kan.. :)

Sebenarnye banyak entri nak share tp xsmpat nk publish, sume duk kat draf je. Nak edit xsempat..Huhu.. Maafkan sye...


Tanggal 8Mac2014, rakyat Malaysia terkesan akan peristiwa kehilangan MH370. Actually aku xknal pn sape dalam kapal terbang tu. Tapi aku rasa sangat la sedih dan berharap sangat dapat jumpa balik MH370. Ada mak ayah yang menunggu anaknya, ada anak yang menunggu mak ayah nya, ada yang menunggu satu2nya buah hati. Omg, seriously... Aku sedih kot. Aku xdpt bayangkan kalau aku yg mengalami situasi tersebut.. Jadi aku nak ucap kat keluarga mangsa harap bersabar k.. Banyakkan berdoa.. Insyaallah, everything is gonna be ok.. Love u.. :) You are not alone.. People do care, Malaysian also care.. Keep calm and pray for MH370 <3


pilot MH370 

satu2nya anak lelaki.. ok aku da start tacing..




Sebenanrnye, gerakan besar2an dalam pencarian ni turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.. People do care.. 

gambar ni dari India.. nice.. :) Keep pray, Miracles do happen!


"Ya allah, jika ia masih di langit, turunkanlah, jika ia masih di dasar laut maka timbulkan la, jika ia di darat maka bukakan la mata kami utk melihat. Kami hilang arah untu mencari, Hidupkanlah mereka, selamatkan la mereka, supaya mereka membantu kami utk memberitahu betapa hebatnya kuasa mu Ya Allah. #pray4MH370"

Saturday, 11 January 2014

New Hobi~

Assalamualaikum. 

    Sejak menjak aku abiskan masa kat umah ni.. Aku mula mencari hobi baru untuk hilangkan bosan terlampau.. Bila da banyak hobi baru jadi bizi la pulak kannn.. Alahai~ Korang2 yg tgh bercuti tu tengah wat ape je.. Yang xbercuti lagi tu, tgh struggle exam.. ops.. maafkan saya lagi.. Asek terlepas je. krik krik krik~

   Antara hobi yang aku lakukan:~

1) Bloging
 -Rajin la plak nak update citer2 even org bosan. Hah! Lagi satu, aku suka kacau shoutbox org yang aku lawat. Jadi kalau boley... Ley x korg letak shoutbox kat blog korg~ *suara menggoda sambil pintal2 rambut dan kenyit2 mata ckit.. Aku suke la main tulis2 kat ctu.. Cam comel je.. Cam cantik je.. Haha. >.< Kalau pasal lagu, aku xde idea nak letak lagu pe. Korang kalau ade idea mohon isi di kotak komen. hik2.. Sementara tunggu ada lagu, aku letak jela zikir2 tu dulu.. Sekurang2nya dapat pahala.. xgitu.. eh?

2) Main game.
Sebenarnya ni perkara bese. Xyah tunggu duk umah pun aku men game.. Plant vs zombie, spa mania.. Sume la yang ada kat lam laptop ni. Korg ske men game pe? kendi kerush?

3)  Tido
Ni pun xrare sgt.. Tapi dikire hobi.. -_-

4) Fb/ twitter
Bese la bende ni..Macam da wajib aku wat..Alahai, btw hai readers.. I ade twitter and never mention it before. Ini link tuwit aku---> tuwiter. Fb cam da terpampang kan.. Malu la nk pomot lagi.. aww~ *Kenyit2 mata wat kali kedua..

5) Jaga anak
Do you know i had 2 children.. Actually xde nama lagi.. Sweet gilerrr dorg.. Die da pandai lari kat aku la.. I call him and drastically it move towards me.. OMG.. Saat indah bersamanya.. Tu pun satu je, lagi satu tidoo je cam aku jugak.. =.='' Xde idea nak kasi nama pe.. Aku ingat nak kasi nama muncet dengan gemok la.. ley ke?

 yg kiri jantan.. kanan betina.. Xsure btul ke x.. :D


 Aku suh dorang lumba lari.. Laju gilerr... Sape kata kura2 lembap hah? 
Sape cakap lagi, aku sekeh kepala die.. kiki..


tu jela entri kali ni.. Lenkali lak aku update status entri kat fb blog ni lagi k. Cite sal perkembangan anak2 ke.. kiki..

Nota kaki: Aku siyes nak korg kasi idea nama tuk dorg ni..Yg kedua, Korg kasi idea sal lagu blog eh.. ^^ ty readers~ *Kenyit mata berkali2 lagi~
 

Friday, 10 January 2014

.:Lelaki Idaman:.

Assalamualaikum 

  Amacam.. Gempak  tak tajuk?? Perghh!!  Mcm nak cari jodoh bebetulll je kann! Ni kalau mak aku baca tersedak  anlene  gamaknye. Gatal bobonar anak die kann.. Ahaha. Kalau mak baca ni, mohon minum anlene perlahan2 and let me find ur menantu.. dun worry.. Kalau da jodoh Xkemana kann.. Ok, aku amik keputusan bahaya actually pos entri ni. Sebab sesape je ley bace. Tapi.. Xkesahla, Aku suke nak ceciter ngan korg. Memandangkan ada member tanya aku punya taste. OMG. Taste? Mcm mknn lak kan ley taste2. Aku terpikir taste aku semenjak2 member aku tanya tu. Sebab masa tu aku tgh mengunyah biskut marie sambil menonton movie dekat lappy. Die start je tanya aku hampir nk tersedak habuk biskut marie tu. Tapi aku cover ayu jee.. uhuk~ ckit je.. ahaha.. Ok no! "Aku bukan gadis melayu terakhir" type. Kalau org tanya kat korg kan "Ko suke laki/perempuan cmne eh?" Ape korg jawab eh? nk tau jugak.

    Cantik? Hodoh? Actually istilah hodoh xpatut wujud dalam hidup kite. Xkesahla die ngaku budak hodoh ke. Eh! jap2.. Ada org terasa.. Rilek2! Tau tak sebenarnya taste kte berbeza2 sbb tu org kata cantik tu subjektif not objektif. Tetiba je aku teringat matluthfi yg ensem tu.. Hmm.. hik3.. Emm.. Bila da subjektif, kte akan dpt bermacam2 jwpn kreatif.. Intro pun da panjang kan. Jap aku pikir, nak cter ke x? em.. haha.. Ok nak la cter! wee~ Saje suke suki. mihmih.. Aku bukan jenis yg demand. Tapi sume org ade berharap sesuatu kt pasangan masing2 kan. Tetiba risau je kalau future husband bace.. Acaneee? Nnt die rendah diri plak kn.. Em em.. Jodoh di tgn tuhan.. Allah xberi ape yg kte nak, Tapi Allah beri ape yg kte perlu.. ^.^

Nampak x, even donut pun ada jodoh nye.. mimih~



   Appearrance tah ape bahasa melayu..em. 

1) Suke yg pakai spek..
i dont know.. Mungkin nampak matang.. Mungkin aku suke sbb aku xrasa rendah diri sgt sbb aku sorg je yg pkai spek..kot la.. Tah, Tapi aku suke cmtu.. 

2)Suke ade janggut secotek..
Ok, yg ni cm malu ckit nk sebut.. ahaha.. Sbb aku rasa laki nampak comel ade janggut seciput. Aku ulang ye.. JANGGUT bukan JAMBANG.. err.. kalau jambang over sgt plak.. fuh.. =.=''

3) Suke yang hitam manis..
Sebab aku putih.. eh?? xla.. Sebab hati aku berkenan. Ok da jgn tanya. -_- Abis masa pikir alasan jee.. hitam manis ye.. Macam xgelap xputih.. kot.. ^^

 Attitude/style

 1)Boleh ngam dengan kuaga nak2 abah.. ohh no pentinggg.. menantu mithali.. ahaha
   Sebab aku sayang keluarga aku, so aku harap 'dia' boleh join gile2 keluarga aku.. :) Lelaki kalau nak amik anak dara org tp cri pasal dgn ketua keluarga, sah2 anda di blacklist jd menantu.. Yes it is.. Kalau anda berpura2 pn xkan jadi sbb org tua da banyak makan garam. xyah nk practise sgt bercakap sopan2 kan.
  
 2) Agama
Aku xmengharap ustaz2 pun, cuma harap dapat sama2 menuju syurga. Paling minima pun solat penuh, ngaji boleh, tau halal haram.. Xpandai taranum pn xpe. Jangan plak crush baca entri ni.. Terus murung seminggu sebab xpandai taranum. choi~ Yang wajib2 die reti and buat. Enough.. Kalau lebih, bonus la tu.. hik~ Sejujurnya aku xcpt judgrorg berkopiah, bersongkok or berjubah tu kuat agama.. Sebab pemakaian xmelambangkan pape kalau hati xikhlas.. Kan? aku xpndang ctu.. sori.. :) cuba lagi..

3)education
Tah, no komen la yg ni.. Banyak belajar, luas pemandangan.. kot?

4) matang and childish
Dalam mendidik die tegas, tapi kalau gurau2 die ley join gila2 kte.. :') Die matang dalam masa sama childish.. 2 bende ni xley berpisah k.. :)




  Conclusion disini, jodoh tu milik Allah.. Kita hanya merancang tapi allah yang menentukan.  Pasal appearance aku kadang2 buat xnampak je.. Sebab aku fokus kat hati, maksud aku kalau die cm nice guy tp xpndai nak dress up lawa2.. Aku ok je.. :P Yang paling penting skali die terima aku seadanya, setia selagi bersama aku, larat layan kerenah aku dan  sentiasa ada disaat aku memerlukan.. ^_^ Sebenarnya aku xmengharap die ada suma kelebihan kat atas tu.. em.. :') Aku demand lebey2, sebab ni taste.. xdapat xpe.. Macam makanan walaupun xsdp, asal kenyang n mampu hidup.. bersyukurla.. Lagipun aku xperfect utk 'die'..Sesungguhnya Allah tau ape yg terbaik.. ^^

~Maafkan saya kalau ade yg terasa hati sepanjang entri ni dijalankan..





Wednesday, 8 January 2014

Pelancaran Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah...

Assalamualaikum..


http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html
 yaa.. ketik gambarnya sih~ ya iyaa laa.. ketik2..utk ketahuan maklumat lanjutnya~ ahah


Apa kata sama2 join.. Rapatkan ukhwah. hiks~ jalan2 cari jodoh.. eh??

...Merdeka itu kebebebasan...

Assalamualaikum..

Merdeka!! Merdeka!!  Merdeka!!  laungan keramat ni bersorak2 dalam sanubari.. Tanggal 8/1/2014.. Tamat sudah paper terakhir iaitu bahasa pengaturcaraan komputer(c++) bermaknaa aku sudah tamat semester 3!! wee~

 Macam2 aku lalui dalam sedetik waktu ni.. Hanya berharap sem dpn akan lebih baik dari sem ni.. Semoga aku tabah menghadapi segalanya.. Amin~ hee.. Eh, korg tu yang tengah stalker ni.. Da merdeka cam aku ke? mihmih.. Okla.. Da merdeka.. Ape lagi, jomla kawen? eh.. Tolong carikan ak satu calon muka ala2 dabid bekem.. hoho.. Nnt dapat anak kacukan.. Kalau ikut aku, sume idung kemek anak2 aku.. ahaha..choi~ memilih!

Okla, niat aku menulis entri ini adalah untuk berasap kan budak kos lain or member2 yang masih xabis paper dan tersangkut di tempat belajar manakala aku da boleh berada di rumah sambil menghirup aroma kopi latte sambil bersandar di atas sofa yang empuk dan menonton masterchef selebriti.. K bai..
 ni muka nak annoying org di library.. Oi org sebelah.. Aku abis test da.. k bai




ni muka nak annoying kan budak U lain yang masih struggle di IPT masing2.. K bai.

NotaKaki: Goodluck kpd kwn2 yang masih berjuang.. chaiyok!! smoga sentiasa jeles dengan aku disini.. k bai~

Tuesday, 7 January 2014

Hubungan Pelangi Dan Hujan

Pernah dgr dtgnya pelangi selepas hujan? 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

      Apa yg dpt kte pikir kn tentang pelangi? indah? cantik? Tapi apa pula ble kte pikirkan tentang hujan? sedih? bagai airmata ? Sejujurnya, apa yg kte pikir tu la yg kte gambarkan.. :)

    Selalunya akan wujudnya pelangi selepas hujan kebiasaan di waktu pagi kan? Nampak caanntikk sangat kn? Nampak tenang sangat kan? Sebelum kecantikan tu terserlah, dtgnya dulu hujan lebat. Macam tula kita sbgai manusia. Kadang2 kte ditimpa pelbagai masalah mendatang..Allah nak tgk mcm mne kte lalui saat tu..Kuat x sebenarnya kita ni..Andai kite lalui ujian allah ni dgn tabah dan diredhai allah. Allah akan hantar kn pelangi dalam hidup kte..

   Kadang2, masalah kte tu berpunca drpd perbuatan kte yg dulu..Even heard what u give u get back? Muhasabah diri yg pertama..Yg kedua kalau betul kte ade wat kesalahan tu dgn manusia lain sblom ni..Mintak maaf dgn die dulu.. Then mintak keampunan dari allah.. Sesungguhnya Allah Maha pengampun...Macam mana pun, Allah adalah tempat kte kembali.. Kadang2 aku lupa, lalai, leka tapi Allah datang kn ujian kepada ku utk menyedarkan aku bahawa aku ada dosa dgn Dia..Bahawa sebenarnya Allah merindui kte merintih, meminta kepada-Nya.Sehebat mana pun kte,kte xmampu lalui masalah seorang diri, Minta lah kpd allah.. Semoga hasilnya lebih manis.. Sometimes you have no shoulder to cry on but you always have your forehead to put on the ground and cry to Allah.

      Jika benar memang betul la kte xpernah wat kesalahan dgn org lain, hanya satu je.. Mungkin kte pernah buat salah dengan Allah..Sempurna x solat kte, Kite ikut xperintah Die, Kite jauh x larangan Dia.. Sesungguhnya, masalah tu datang sekejap je.. Ingatlah Allah akan hantar pelangi untuk menenangkan kita.. :) So, bersyukur la Allah memberi ujian terhadap dirimu kerana Allah merindukan dirimu.. Hadapi dengan tabah dan redha serta menyerahkan segala nya terhadap Allah..Bergantungla kepada Allah because He is the best listener.. Semoga allah merahmatimu wahai para pembaca.

"after rain theres a rainbow, after a storm theres calm, after the night theres a morning, and after a ending theres a new beginning."


 Aku xsuke org sekeliling aku bersedih, 
I dont care who u are.. But i still want to make u happy.

~ I Will Always Love You As Long As You Love Me~

Monday, 6 January 2014

Happy NeW Yearrr!!!!!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Now i'm remember why my blog can't log in easily.. That's whyy.. 
Die marah sye.. Acanee..

Assalamualaikum, dear blog. I love you very much. Sbb kau la tmpat ak lepaskn idea karangan2 aku, ak harap kau akan setia berada disaat ak ssh, sng.. Disaat org mninggalkan ak kesepian, disitulah kau wujud mnemani sepi ku.. :') da setahun kte bersama eh.. Tp ni umum je ye.. Nnt birthday u bebetol, kak lina bg pos bday ye.. ^^ 

Xlupa jugak kpd yg sudi singgah sahur eh.. singgah baca blog ku yg xberapa nk meriah ni.. Anyways, thanks.. :) plz support me.. Happy new year guys!! May Allah bless u all.. :')

~ I will Always Love You As Long As You Love Me~

Tora datang lagi~


"Tora datang lagi!! Dapatkan permainan edisi khas anda di pasaran skrang!" eh?

 Assalamualaikum dan slmt sejahtera.. Dah lama pulak xmenaip kn da xmahir rasanya nk menekan punat2 keyboard ni.. hiks~ Skrg da tukar profession dlm berckp plak.. huuu~

        Actually bnyk tol nk ckp, pasal rumah berhantu, rumah sewa, member, exam, final, masalah, penyelesaian dan bnyk lg.. Mne satu korg nk ni.. ok remind me about rumah hantu k. Today i just want to say hi blog~ Remember me? your owner.. :3




~ I Will Always Love You As Long As You Love Me~